Tuesday 28 June 2011

yang AMAT aku takuti~

syirik??
selalu kita dengar kalimah ni..
kita selalu jer dengar orang2 yang pegi sembah kubur(utk dapatkan nombor ekor)..
orang yg percaya benda2 khurafat..
orang yg tilik2 nasib..dan macam2 lagi..diorang ni la yang dikatakan syirik..
tapi entry kali ni bukan berkisar tentang syirik2 mcm ni..tapi lebih fokus kepada syirik yg paling rasulullah takut ke atas kita semua...
cuba kita tgk balik contoh2 syirik kat atas ni...semua orang akan cakap..
''aku takkan buat bende2 mcm ni''
''diorang ni xd agama ke??''
mungkin jelas kalau kita lihat bahawa perbuatan2 macam tu secara lazimnya takkan di lakukan oleh seorang muslim..tapi adakah ini bermakna kita dah selamat dari dosa besar ni?
Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya:
''Yang amat aku takuti atas kamu ialah 
syirik yang paling kecil...''
kemudian ditanya mengenainya..baginda menjawab: ''itulah Riya''
(riwayat Ahmad)
samada kita sedar atau tidak...hari2 diri kita ni terdedah dengan syirik kecil ni...
dan inilah yang merosakkan amalan anak Adam..
kenapa riya' ni dianggap sebagai syirik kecil?
sebab kalau kita tengok riya' ini menjadikan kita mengerjakan sesuatu amalan tu dengan berhajat kepada penghargaan selain dari Allah..maksudnya dalam hal ni,secara ringkas boleh di konklusikan riya' ini sebagai mempersekutukan Allah dalam amal jariah..
''maka barangsiapa mengharapkan 
pertemuan dengan tuhannya..hendaklah
kerjakan amal soleh. Dan janganlah ia 
sekutukan seorang pun dalam beribadat kepada tuhannya'' (al-kahfi:110)
dalam hal ni.kita lihat bahawa dalam urusan amal kebajikan kita pun masih ada pintu2 yg boleh dimasuki syaitan.. Riya' adalah perosak amal ibadat. Amal yang tidak di sertakan dengan keikhlasan akan mudah terjebak dalam syirik ni..dalam hal ni kita lihat apa yg Fadil bin Iyad (seorang ulama' tasawwuf) katakan:
''meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya'.
beramal kerana manusia adalah syirik.
ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan engkau dari keduanya''
memanglah..
utk mencapai taraf ikhlas tu memang susah..sekadar ucapan memang senang jer..namun utk mencapai nikmat keikhlasan tu..perlu sesuatu yang dipanggil LATIHAN..macam mana latihan ni??
senang jer..teruskan amal kebaikan yang sedang kita buat even dah terbit riya' 2..sebab kadang2 syaitan gunakan pintu riya' ni utk menghentikan kita dari  beramal soleh ni..
pernah tak terlintas bila tengah buat baik tu.terfikir..
''kalau ada orang tgk ni,nanti riya' pulak..''
and then kita berhenti dari buat amal 2..sedangkan pada mulanya mmg niat nak buat lillahita'ala..
jadi,istighfar kpada Allah..n then betulkan niat dan teruskan amalan tu..insyallah Allah terima sebab Allah maha mengetahui apa yg hambanya kerjakan..
setiap kali terlintas pasal riya'..
istighfar dan betulkan niat..lakukan latihan mcm ni..insyallah..amalan yg kita lakukan akan diberi ganjaran yg setimpal di akhirat kelak..
sekadar untuk memperingati diri sendiri..mungkin kita boleh renung pendapat Imam Nawawi mengenai Amal yang ikhlas:
amal ini ada tiga bahagian:


1. amal yg dikerjakan kerana takut kepada Allah.
    (amal ini dinamakan sebagai ibadat HAMBA)
2. amal yg dikerjakan kerana mendapat syurga dan pahala.
   (amal ini dinamakan sebagai ibadat SAUDAGAR)
3. amal yang dikerjakan kerana malu kpda Allah dan kerana dilaksanakan hak kehambaan dan membuktikan 
    kesyukuran serta merasakan diri masih dalam kecuaian dan kebimbangan yg penuh dengan ketakutan
   kerana tidak tahu adakah amalannya diterima atau tidak.
   (amal ini dinamakan ibadat yg MERDEKA)

dan inilah rupa amalan yg dimaksudkan oleh rasulullah ketika menjawab soalan Aisyah yg berkata:
''mengapakah rasulullah SAW bersusah payah berdiri solat pada waktu malam hingga bengkak2 dua kakinya padahal Allah telah mengampunkan dosanya yang lepas dan akan datang??''
Rasulullah menjawab,maksudnya:
''tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur?''

lastly,sebenarnya memang wajar kita tanya diri kita..

''patut ada lagi ke dalam diri kita ni untuk sifat riya'?''
selepas segala nikmat yg Allah berikan kepada kita selama ni?
kita masih nak mempersembahkan amalan kita kepada yg tidak berhak..
persembahkan amalan kamu kepada pemilik arasy yang agung..pemilik hari kebangkitan..pemilik apa yg dilangit,di bumi dan antara keduanya..
-moga bermanfaat-

1 comment: