Tuesday 28 June 2011

yang AMAT aku takuti~

syirik??
selalu kita dengar kalimah ni..
kita selalu jer dengar orang2 yang pegi sembah kubur(utk dapatkan nombor ekor)..
orang yg percaya benda2 khurafat..
orang yg tilik2 nasib..dan macam2 lagi..diorang ni la yang dikatakan syirik..
tapi entry kali ni bukan berkisar tentang syirik2 mcm ni..tapi lebih fokus kepada syirik yg paling rasulullah takut ke atas kita semua...
cuba kita tgk balik contoh2 syirik kat atas ni...semua orang akan cakap..
''aku takkan buat bende2 mcm ni''
''diorang ni xd agama ke??''
mungkin jelas kalau kita lihat bahawa perbuatan2 macam tu secara lazimnya takkan di lakukan oleh seorang muslim..tapi adakah ini bermakna kita dah selamat dari dosa besar ni?
Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya:
''Yang amat aku takuti atas kamu ialah 
syirik yang paling kecil...''
kemudian ditanya mengenainya..baginda menjawab: ''itulah Riya''
(riwayat Ahmad)
samada kita sedar atau tidak...hari2 diri kita ni terdedah dengan syirik kecil ni...
dan inilah yang merosakkan amalan anak Adam..
kenapa riya' ni dianggap sebagai syirik kecil?
sebab kalau kita tengok riya' ini menjadikan kita mengerjakan sesuatu amalan tu dengan berhajat kepada penghargaan selain dari Allah..maksudnya dalam hal ni,secara ringkas boleh di konklusikan riya' ini sebagai mempersekutukan Allah dalam amal jariah..
''maka barangsiapa mengharapkan 
pertemuan dengan tuhannya..hendaklah
kerjakan amal soleh. Dan janganlah ia 
sekutukan seorang pun dalam beribadat kepada tuhannya'' (al-kahfi:110)
dalam hal ni.kita lihat bahawa dalam urusan amal kebajikan kita pun masih ada pintu2 yg boleh dimasuki syaitan.. Riya' adalah perosak amal ibadat. Amal yang tidak di sertakan dengan keikhlasan akan mudah terjebak dalam syirik ni..dalam hal ni kita lihat apa yg Fadil bin Iyad (seorang ulama' tasawwuf) katakan:
''meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya'.
beramal kerana manusia adalah syirik.
ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan engkau dari keduanya''
memanglah..
utk mencapai taraf ikhlas tu memang susah..sekadar ucapan memang senang jer..namun utk mencapai nikmat keikhlasan tu..perlu sesuatu yang dipanggil LATIHAN..macam mana latihan ni??
senang jer..teruskan amal kebaikan yang sedang kita buat even dah terbit riya' 2..sebab kadang2 syaitan gunakan pintu riya' ni utk menghentikan kita dari  beramal soleh ni..
pernah tak terlintas bila tengah buat baik tu.terfikir..
''kalau ada orang tgk ni,nanti riya' pulak..''
and then kita berhenti dari buat amal 2..sedangkan pada mulanya mmg niat nak buat lillahita'ala..
jadi,istighfar kpada Allah..n then betulkan niat dan teruskan amalan tu..insyallah Allah terima sebab Allah maha mengetahui apa yg hambanya kerjakan..
setiap kali terlintas pasal riya'..
istighfar dan betulkan niat..lakukan latihan mcm ni..insyallah..amalan yg kita lakukan akan diberi ganjaran yg setimpal di akhirat kelak..
sekadar untuk memperingati diri sendiri..mungkin kita boleh renung pendapat Imam Nawawi mengenai Amal yang ikhlas:
amal ini ada tiga bahagian:


1. amal yg dikerjakan kerana takut kepada Allah.
    (amal ini dinamakan sebagai ibadat HAMBA)
2. amal yg dikerjakan kerana mendapat syurga dan pahala.
   (amal ini dinamakan sebagai ibadat SAUDAGAR)
3. amal yang dikerjakan kerana malu kpda Allah dan kerana dilaksanakan hak kehambaan dan membuktikan 
    kesyukuran serta merasakan diri masih dalam kecuaian dan kebimbangan yg penuh dengan ketakutan
   kerana tidak tahu adakah amalannya diterima atau tidak.
   (amal ini dinamakan ibadat yg MERDEKA)

dan inilah rupa amalan yg dimaksudkan oleh rasulullah ketika menjawab soalan Aisyah yg berkata:
''mengapakah rasulullah SAW bersusah payah berdiri solat pada waktu malam hingga bengkak2 dua kakinya padahal Allah telah mengampunkan dosanya yang lepas dan akan datang??''
Rasulullah menjawab,maksudnya:
''tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur?''

lastly,sebenarnya memang wajar kita tanya diri kita..

''patut ada lagi ke dalam diri kita ni untuk sifat riya'?''
selepas segala nikmat yg Allah berikan kepada kita selama ni?
kita masih nak mempersembahkan amalan kita kepada yg tidak berhak..
persembahkan amalan kamu kepada pemilik arasy yang agung..pemilik hari kebangkitan..pemilik apa yg dilangit,di bumi dan antara keduanya..
-moga bermanfaat-

Sunday 26 June 2011

don't talk to me about Muhammad~

It would be such a pleasure to have you come along with me
I accept your gracious offer
Kindness and company
But as we walk along young man
And as you help me with my load
I've only one request as we travel down this road

Don't talk to me about Muhammad
Because of him there is no peace
And I have trouble in my mind
So don't talk to me about Muhammad
And as we walk along together 
We will get along just fine
As we walk along together 
We will get along

That man upsets me so
So much more than you could know
I hear of his name and reputation everywhere I go
Though his family and his clan once knew him as an honest man
He's dividing everyone
With his claim that God is One

So don't talk to me about Muhammad
Because of him there is no peace
And I have trouble in my mind
So don't talk to me about Muhammad
And as we walk along together 
We will get along just fine
As we walk along together 
We will get along

He's misled all the weak ones
And the poor ones and the slaves
They think they've all found wealth and freedom
Following his ways
He's corrupted all the youth
With his twisted brand of truth
Convinced them that they all are strong
Giving them somewhere to belong

So don't talk to me about Muhammad
Because of him there is no peace
And I have trouble in my mind
So don't talk to me about Muhammad
And as we walk along together 
We will get along just fine
As we walk along together 
We will get along

Thank you now young man
You've really have been so kind
Your genorosity and smile are very rare to find
Let me give you some advice
Since you've been so very nice
From Muhammad stay away
Don't heed his words or emulate his way

And don't talk about Muhammad
You will never have true peace
And trouble is all you will find
So don't talk about Muhammad
And as you travel down life's road
You will get along just fine

Now before we part and go
If its alright just the same
May I ask my dear young man
Who are you, what's your name
Forgive me what was that?
Your words weren't very clear
My ears are getting old
Sometimes its difficult to hear
It's truly rather funny though I'm sure I must be wrong
But I thought I heard you say
Your name is Muhammad
Muhammad

Ashaadu anlah ilaha illalla
Wa ashadu ana muhammadur rasululla

O talk to me, Muhammad
Upon you I pray for peace
For you have eased my troubled mind
O talk to me, Muhammad
And as we walk along together 
We will get along just fine
As I travel down life's road
I will get along
Just fine

Dawud Wharnsby Ali 

Friday 24 June 2011

hidup sebagai HAMBA (n_n)

assalamualaikum...
selalu kita dengar tentang orang yang mempertikaikan hukum2 Allah..
kadang2 tu ada yg ckp ''knapa kne pakai tudung labuh2 camni?saia bukan ustazah..''
ada jugak yang ckp ''alah,nape nak smayang2 ni..kita kan muda lagi''
dan terkadang terdengar jugak orang cakap Allah ni x adil sebab terlalu bnyk taklif (tanggungjawab) sebagai seorang muslim ni..nauzubillah...
sebelum membawa isu ni lebih panjang..ingin saia terangkn berbezaan antara 2 kalimah...


1- RAKYAT
andai kata kamu sebagai rakyat di sesebuah negara..
sebenarnya kamu ini antara pemilik negara itu..so ape yg kamu boleh buat adalah menentukan hala tuju sesebuah negara 2..
contoh..kalau x suke mane2 kjaan, time mengudi boleh jer na undi parti selain dari parti kjaan..
contoh lain..kalau harga barang naik..boleh jer nak buat tunjuk perasaan supaya kjaan sedar bahawa ada diantara rakyat yg x puas hati..
duit kjaan yg berbilion2 tu pun ad la jugak peratusannya duit kamu..(bayar taxes n so on)
maka secara konklusi,kjaan memerlukan rakyat utk membentuk sebuah kjaan..
pernah ke dengar krajaan tanpa rakyat?even firaun raja Mesir purba dulu pun jadi hebat gitu sebab rakyat setia ngn dia..kalau takde rakyat die nak mengaku tuhan kat sape?sorang2?
''kemudian dia(firaun) mengumpulkan pembesar2nya..
maka dia (firaun) berkata 
akulah tuhanmu yang tertinggi''
(an-nazi'at 23-24)
so nak tak nak,even firaun yang memiliki kerajaan yg hebat itu pun disebabkan oleh rakyat yang setia..
dan macam mana dia jatuh pun disebabkan hamba Allah iaitu Musa yang pada waktu itu adalah rakyat kpada firaun jugak membuktikan bahawa RAKYAT ni mmg mempengaruhi kuasa sesebuah kerajaan..

2- HAMBA
memang kamu seorang HAMBA..(xperlu andai2)
pemilik kamu yang beri semua kesenangan yang ada dalam hidup ni..
bnyak nikmat yg pemilik kamu bagi..
contohnya..mata,hidung,telinga,muka yg hensem,kiut,oksigen lam udara ni, dan macam2 lagi nikmat pemilik kamu bagi..mmg xterkira..jadi jawapan pada pernyataan bahawa Allah itu tidak adil?
kamu yang tidak adil..gunakan segala nikmat yg Allah beri untuk benda2 maksiat..tapi Allah tetap bagi banyak nikmat kpada kamu even kamu xlayak utk dapat sikit pun..
''Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya ''
(an-nahl : 18)

kita ambil balik macam rakyat tadi..kalau x suka dgn hukum yang Allah tetapkan..boleh tak dalam PRU(PilihanRaya Umum) akan datang..na undi tuhan lain la..boleh ke cam 2?

selain dari itu kalau Allah kenakan musibah kpada HAMBA Nya..boleh x kita na protes kat Allah dan ckp kita xpuas hati dgn musibah atau dugaan yg diberi..rasa2 Alllah withdraw balik ke musibah tu?
and then,cuba tgk langit..bintang..udara..awan..matahari..binatang2 ternak dan bumi sendiri tempat kamu berpijak ni..ada ke saham kamu dalam buat semua2 ni?ada ke kamu tolong Allah tegakkan langit?ada ke kamu bagi dana kat Allah untuk buat matahari dulu?jawapan bagi semua ni?
TAK

jadi..bila ada orang bertanya, ''kenapa kena pakai tudung labuh2 camni?''
jawabnya senang jer..."sebab kamu hamba Allah''
''kenapa kena tutup aurat?panas la''
''sebab kamu hamba Allah''
''kenapa kena solat?''
''sebab kamu hamba Allah''

kenapa banyak sangat pantang larang dalam islam?itu x boleh..ini xboleh..
okay,cube cakap ape yg haram lam islam? antara contohnya:
- ZINA..zina haram..tapi Allah ada jalan yg lebih baik iaitu menghalalkan nikah..kan lagi romantik tu..
- ARAK..memang arak haram..tapi cuba tgk mcam2 air lagi yg halal..air susu,air oren,air laici..lagi sedap kot..
- DAGING KHINZIR..memang haram..tapi daging lain kn ada..lembu,unta..kambing..

secara konklusi..syariat Islam ni paling cantik..haramkan sesuatu..tapi bnyk pilihan yg lebih baik diberikan..dan kalau xpuas hati jugak..mmg kne ckp camni la..
''sebab kamu HAMBA Allah''..

moral of the story, kamu xkan dapat menandingi Allah sikit pun..even kamu x beramal..x solat..x tutup aurat kamu ingat boleh menandingi kuasa Allah??sikit pun x..
tapi disebabkan Allah ada sifat maha pengasih dan penyayang..Allah letakkan pelbagai ingatan dalam al-quran dan mengutus rasul kat kita..so kita ada 2 panduan..Al-quran dan Sunnah..
untuk jauhkan diri kita dari menjadi orang yang muflis diakhirat kelak..
wallahua3lam~

Thursday 23 June 2011

tak PERLU selalu mengingati~


Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.
Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya

Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
 Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!

Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."
-i luv islam-

Wednesday 22 June 2011

kamu USAHA..takkan kecewa~

Selalu terjadi, kita merasakan usaha kita sia-sia. Penat kita berusaha tetapi langsung tiada hasil. Malas hendak buat perkara yang sama lagi kerana seakan tidak berbaloi. Begitu juga halnya dengan rutin membaca kita, iaitu membaca al-Quran. Apa yang lebih mahal, usaha (effort) atau hasil (result)? 

Amad dan Atuk
 Seorang petani tua tinggal bersama cucunya di sebuah kawasan pedalaman. Rutin sesudah subuh sebelum bertani, Si Atuk akan membaca al-Quran di pangkin. Amad, cucu Si Atuk sentiasa memerhatikan gelagat atuknya, dan berusaha untuk merutinkan bacaannya seperti atuk. Suatu hari Amad bertanya,

"Atuk, Amad cuba untuk baca al-Quran setiap hari macam Atuk, tapi Amad selalu tidak faham. Bila faham sekali pun, Amad tetap akan lupa bila Amad tutup al-Quran. Apa ya kebaikan baca al-Quran, Atuk?"


Si Atuk menutup al-Quran dan tersenyum, faham benar dengan pertanyaan cucu tunggalnya itu. Tidak menjawab soalan Amad, sebaliknya Atuk menyuruh Amad berbuat sesuatu,

"Amad ambil bakul arang di dapur. Pergi ke sungai dan bawa balik sebakul air untuk Atuk."
 
Amad hanya menurut, pergi ke sungai, mengisi air ke dalam bakul, dan berjalan balik ke rumah. Sebelum sampai ke rumah, air terkeluar melalui lubang-lubang bakul yang dibuat daripada rotan. Amad berpatah balik ke sungai sekali lagi.


Dari jauh Si Atuk memerhatikan gelagat Amad sambil tertawa, lalu berteriak, "Amad perlu bergerak lebih laju, supaya sempat sampai di rumah!" 

Kali ini Amad berlari lebih laju, tetapi hasilnya tetap sama, bakul tetap kosong sebelum sampai ke rumah. Tercungap-cungap keletihan, Amad fikir terlalu mustahil untuk membawa air menggunakan bakul, lalu dia mencapai baldi.


"Atuk tidak mahu air dari baldi, Atuk hanya mahu air dari bakul. Amad belum berusaha dengan bersungguh, Atuk tahu." 

Lalu Amad mencapai bakul tadi dan segera ke sungai, dia ingin membuktikan kepada Atuknya yang dia telah berusaha bersungguh-sungguh. Malah semakin cepat Amad berlari, semakin cepat air keluar daripada bakul tersebut.


"Tengok Atuk, tidak berguna bukan? Bakul ini tetap kosong," kata Amad kepada Atuknya, menelan rasa kecewa.

Betulkah tidak berguna?"Tidak berguna kata Amad? Cuba Amad lihat bakul itu."Amad melihat bakul di tangannya, dan Amad baru perasan satu perkara, iaitu bakul itu tidak lagi comot dengan kesan arang dan tanah, malah jauh lebih bersih, luar dan dalam.

"Amad, itulah yang berlaku bila kita selalu membaca al-Quran. Kita mungkin tidak faham, atau tidak ingat apa-apa, tetapi yakinlah bila kita membacanya, kita akan berubah, luar dan dalam".
 Amad tersenyum lebar dan penuh bahagia, persoalannya kini terjawab. 

Usaha atau Hasil?

Seringkali kita terfokus pada hasil, sehingga kita terlupa usaha itu yang lebih utama. Tanpa usaha tiada hasil. Mulai sekarang ubahlah apa yang kita lihat. Lihat dan hargailah usaha, walau hasilnya tidak seberapa.
Jika kita berupaya sekuat tenaga menemukan sesuatu, dan pada titik akhir upaya itu hasilnya masih kosong, maka sebenarnya kita telah menemukan apa yang kita cari dalam diri kita sendiri, yakni kenyataan, kenyataan yang harus dihadapi, sepahit apa pun keadaannya.


from:http://serambiazhari.blogspot.com/

when Allah wants to KILL aNts..He gives thEm wings~

mungkin ramai yg tertanya2,,kenapakah begitu?perlu ke Allah wat macam 2?
memang allah xperlu buat macam tu untuk musnahkn brapa banyak semut pun.
tapi kenapa ayat ini lahir lam entry kali ni adalah disebabkan kesenangan yg Allah berikan kepada kita selalunya membuatkan kita smakin jauh dari allah....
Ramai yg sedar atau pun tidak..selalunya kita sentiasa boleh bersabar dgn kesukaran dan ujian yg Allah berikan..namun berapa ramai yg sedar bahawa kesenangan itu pun salah satu ujian dari Allah kpada hamba2 Nya?
kadang2 bila kita di uji dgn musibah..kita sentiasa ingat kpd Allah..mgatakn bahawa kita redha dgn ujian yg diberikn kpd diri kita..mendidik kita utk kembali kpd Allah..sama juga jika kita berada di pihak yg benar dan kita di tindas..kita berani utk mgemukakan kbenaran kpda pihak lain keran kita DITINDAS dan secara langsung  perkara2 yg menghimpit dalam hidup kita ini kita berjaya lalui dgn jaya dan peristiwa2 ini yg  mengembalikan iman kita yg telah MENURUN...
huh? mgapakah MENURUN?
kerana sedar atau tidak sebelum dtg ujian kesusahan sudah pasti ada ujian kesenagan..jadi bila ujian kesusahan selalunya mengembalikan diri kita kpada Allah..ujian kesenangan selalunya menjauhkn diri kita kpada Allah..nauzubillah
Ambil contoh tokoh keji paling byk disebut Allah dlm Al-quran..iaitu Firaun..bagaimana Allah jadikn Firaun spnjang hayatnya xperna merasakn kesusahan dan akhirnya kembali kpda Allah dlm keadaan yg amat2 hina..
sesungguhnya kesenangan inilah ujian yg paling sukar dlm hidup..kerana kesenangnan hidup mmbuatkn diri kita rasa ego dan xmemerlukan bntuan zat yg maha agung..contohnya adalah Qarun..mengatakan bahawa kekayaan yg dia miliki adalah dari kpndaiannya semata2..maka Allah tunjukkan bagaimana Qarun dan harta2nya ditelan oleh bumi dan masih boleh dilihat kesannya sampai hari ini..
jadi..perkara paling penting dalam hidup adalah..sentiasa ingt bahawa setiap apa yg diberikn oleh Allah adalah ujian darinya..bagaimana kita menggunakan nikmat yg diberikn kpada kita utk memperhambakan diri kpdanya dan bagaimana kita bersabar menghadapi segala dugaan dan ujian Allah kpda kita..
jadi as a student..bila Allah berikn kejayaan kpda kita..igtlah bahawa itu adalah ujian dari Allah..dan gunaknlah kelebihan itu untuk sentiasa mencari ruang mendapat redhaNya..jgn jadi seperti semut:)
wallahua3lam..
--HIDUP SEBAGAI HAMBA KEPADA PENCIPTA--

Tuesday 21 June 2011

ANTARA yg terbaik~

Sejak dari bangku sekolah lagi, kita diprogramkan oleh pelbagai pihak untuk merebut tempat pertama dalam segala aspek. Ramai yang melihatnya sebagai sumber motivasi dalam mencapai kecemerlangan.

Tetapi tak semua menyedari implikasi buruk di mana ada yang mengamalkan konsep 'selfish', sehinggakan sanggup menyembunyikan ilmu dan tak mahu berkongsi maklumat semata-mata untuk mendapatkan kedudukan tertinggi di dalam kelas, mahupun bac.

Sebab itulah Islam datang memperbetulkan salah faham kita tentangkonsep kejayaan dalam hidup. Menjadi yang terbaik bukanlah tujuan utama di dunia mahupun akhirat. Sebaliknya, kejayaan sebenar diukur pada sejauh mana kita mampu membawa orang sekeliling kita ke arah keterbaikan.

Kita boleh temui banyak tempat di dalam al-Quran, di mana konsep 'be among the best' diaplikasikan. Maka lahirlah gaya bahasa al-Quran yang unik seperti 'jadikanlah aku daripada golongan orang-orang yang beriman', 'yang sabar', 'yang bertaubat', atau 'yang soleh'. Jarang sekali kita jumpa ayat al-Quran yang mempromosikan konsep 'I am number one'.

Paling hampir pun ialah surah al-Furqan ayat 74, "dan jadikan kamipemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa." Itu pun masih lagi sempat mendoakan supaya pimpinan bawahannya menjadi mereka yang takutkan Allah.

Sifat 'keakuan' di dalam al-Quran hanya dipamerkan oleh watak-watak antagonis seperti Firaun, "Akulah tuhanmu yang maha tinggi." (an-Nazi'at ayat 24), Qarun, "Sesungguhnya harta ini aku perolehi atas kepandaian diriku sendiri." (al-Qasas ayat 28), dan juga Iblis, "Aku lebih mulia daripada dia (Adam)." (al-A'raaf ayat 12).

Satu makhluk yang dahulunya dimuliakan Allah di kalangan para Malaikat, kini menjadi terhina dan dijanjikan neraka yang paling bawah selama-lamanya. Semuanya hanya kerana sikap keakuan atauegocentric yang memusnahkan. Jika kita pun turut sama mengikuti aliran pemikiran Iblis ini, bayangkanlah di mana tempat pengakhiran kita. Lebih hina daripada Iblis kah?


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYyMqauxEFB59_WKR3RX2Poyp1qDi-5On4Riwzav433gAZs2BgHeSLAiUYxhnrBmyWEBCXuK2UhFUtXxRkicbI1qs9mAV_KxB6k9db21u_kQD64wHHFLpMYgLG-eQVuFv_BIxGxV86kUCM/s1600/kaabah.jpg

Konsep kejayaan berkelompok ini jelas dilihat pada struktur binaanka'bah sendiri, di mana keempat-empat penjurunya selari menuju ke atas; sebagai simbolik kebersamaan dalam mencapai kecemerlangan, bukannya seperti piramid; yang secara tidak langsung mempromosikan konsep memijak orang bawahan untuk tujuan mencapai puncak.

Atas sebab ini juga, konsep tarbiah dalam Islam tidak terhad kepadalevel individu semata-mata. Sebaliknya perlu diluaskan kepada levelmasyarakat secara amnya. Prof. Wan Daud dalam menghuraikan konsep Ta'dib oleh Al-Attas sebagai sistem komprehensif sebenar pendidikan dalam Islam menyebut,

"...no Muslim who understands even a general worldview of the Quran would negate or neglect his societal duties, for he knows that even though God’s judgement in the Hereafter is strictly individual in nature, yet His judgement in history is societal."



from:http://effysaiful.blogspot.com/