Friday, 24 June 2011

hidup sebagai HAMBA (n_n)

assalamualaikum...
selalu kita dengar tentang orang yang mempertikaikan hukum2 Allah..
kadang2 tu ada yg ckp ''knapa kne pakai tudung labuh2 camni?saia bukan ustazah..''
ada jugak yang ckp ''alah,nape nak smayang2 ni..kita kan muda lagi''
dan terkadang terdengar jugak orang cakap Allah ni x adil sebab terlalu bnyk taklif (tanggungjawab) sebagai seorang muslim ni..nauzubillah...
sebelum membawa isu ni lebih panjang..ingin saia terangkn berbezaan antara 2 kalimah...


1- RAKYAT
andai kata kamu sebagai rakyat di sesebuah negara..
sebenarnya kamu ini antara pemilik negara itu..so ape yg kamu boleh buat adalah menentukan hala tuju sesebuah negara 2..
contoh..kalau x suke mane2 kjaan, time mengudi boleh jer na undi parti selain dari parti kjaan..
contoh lain..kalau harga barang naik..boleh jer nak buat tunjuk perasaan supaya kjaan sedar bahawa ada diantara rakyat yg x puas hati..
duit kjaan yg berbilion2 tu pun ad la jugak peratusannya duit kamu..(bayar taxes n so on)
maka secara konklusi,kjaan memerlukan rakyat utk membentuk sebuah kjaan..
pernah ke dengar krajaan tanpa rakyat?even firaun raja Mesir purba dulu pun jadi hebat gitu sebab rakyat setia ngn dia..kalau takde rakyat die nak mengaku tuhan kat sape?sorang2?
''kemudian dia(firaun) mengumpulkan pembesar2nya..
maka dia (firaun) berkata 
akulah tuhanmu yang tertinggi''
(an-nazi'at 23-24)
so nak tak nak,even firaun yang memiliki kerajaan yg hebat itu pun disebabkan oleh rakyat yang setia..
dan macam mana dia jatuh pun disebabkan hamba Allah iaitu Musa yang pada waktu itu adalah rakyat kpada firaun jugak membuktikan bahawa RAKYAT ni mmg mempengaruhi kuasa sesebuah kerajaan..

2- HAMBA
memang kamu seorang HAMBA..(xperlu andai2)
pemilik kamu yang beri semua kesenangan yang ada dalam hidup ni..
bnyak nikmat yg pemilik kamu bagi..
contohnya..mata,hidung,telinga,muka yg hensem,kiut,oksigen lam udara ni, dan macam2 lagi nikmat pemilik kamu bagi..mmg xterkira..jadi jawapan pada pernyataan bahawa Allah itu tidak adil?
kamu yang tidak adil..gunakan segala nikmat yg Allah beri untuk benda2 maksiat..tapi Allah tetap bagi banyak nikmat kpada kamu even kamu xlayak utk dapat sikit pun..
''Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya ''
(an-nahl : 18)

kita ambil balik macam rakyat tadi..kalau x suka dgn hukum yang Allah tetapkan..boleh tak dalam PRU(PilihanRaya Umum) akan datang..na undi tuhan lain la..boleh ke cam 2?

selain dari itu kalau Allah kenakan musibah kpada HAMBA Nya..boleh x kita na protes kat Allah dan ckp kita xpuas hati dgn musibah atau dugaan yg diberi..rasa2 Alllah withdraw balik ke musibah tu?
and then,cuba tgk langit..bintang..udara..awan..matahari..binatang2 ternak dan bumi sendiri tempat kamu berpijak ni..ada ke saham kamu dalam buat semua2 ni?ada ke kamu tolong Allah tegakkan langit?ada ke kamu bagi dana kat Allah untuk buat matahari dulu?jawapan bagi semua ni?
TAK

jadi..bila ada orang bertanya, ''kenapa kena pakai tudung labuh2 camni?''
jawabnya senang jer..."sebab kamu hamba Allah''
''kenapa kena tutup aurat?panas la''
''sebab kamu hamba Allah''
''kenapa kena solat?''
''sebab kamu hamba Allah''

kenapa banyak sangat pantang larang dalam islam?itu x boleh..ini xboleh..
okay,cube cakap ape yg haram lam islam? antara contohnya:
- ZINA..zina haram..tapi Allah ada jalan yg lebih baik iaitu menghalalkan nikah..kan lagi romantik tu..
- ARAK..memang arak haram..tapi cuba tgk mcam2 air lagi yg halal..air susu,air oren,air laici..lagi sedap kot..
- DAGING KHINZIR..memang haram..tapi daging lain kn ada..lembu,unta..kambing..

secara konklusi..syariat Islam ni paling cantik..haramkan sesuatu..tapi bnyk pilihan yg lebih baik diberikan..dan kalau xpuas hati jugak..mmg kne ckp camni la..
''sebab kamu HAMBA Allah''..

moral of the story, kamu xkan dapat menandingi Allah sikit pun..even kamu x beramal..x solat..x tutup aurat kamu ingat boleh menandingi kuasa Allah??sikit pun x..
tapi disebabkan Allah ada sifat maha pengasih dan penyayang..Allah letakkan pelbagai ingatan dalam al-quran dan mengutus rasul kat kita..so kita ada 2 panduan..Al-quran dan Sunnah..
untuk jauhkan diri kita dari menjadi orang yang muflis diakhirat kelak..
wallahua3lam~

No comments:

Post a Comment