dengan nama Allah yg maha pengasih dan penyayang..
genap seminggu usia semester 3 yg aku lalui di Iskandariah..alhamdulillah selama seminggu ni masih boleh tolerate dengan module pembelajaran yang makin complicated..mohon doa sahabat2 agar diri ini sentiasa sedar bahawa umat memerlukan insan yg comited dalam melakukan gerak kerja dalam menuntut ilmu perubatan yang didominasi oleh golongan bukan islam..
semalam ada terbaca blog seorang sahabat tentang erti menuntut ilmu..sejauh ini kita merantau..namun apa sebenarnya erti sebenar menuntut ilmu?dan kenapa Allah menyamakan pahala golongan menuntut ilmu dengan orang2 yg berjihad di jalan Allah?
masyaallah..kalau terdetik dalam hati kita pertanyaan sebegini..nescaya kita akn lebih serius dlm wasilah yang kita tempuhi sekarang ni..
terdetik dalam fikiran ''dtg belajar merentasi lautan luas ni pun dibawah kendalian kerajaan..dan x sikit yang dtang di bawah tanggungan ibubapa..makan?minum?tempat tinggal?semua ditanggung beres..hanya beberapa jam jer sehari utk diluangkan bersama fokus utama kita kat sini..layakkah kita utk jadi golongan penuntut ilmu yang disamakan oleh Allah dgn orang yg berjihad 2?''
bagaimana para sahabat dan mujahidin mengharungi hidup amat berbeza dgn apa yg kita lalui..dalam aspek kesungguhan,keberanian,istiqamah dan berserah diri pada Allah sangat lain dengan apa yang kita lalui sebagai seorang pelajar..
terkadang bila terkenangkan rasa cemburu mula terbit di dalam hati ini..kenapa Allah boleh memberi ilham yang sebegini mantap kepada sesetengah penuntut ilmu?tetapi kenapa diri ini masih lagi belum dapat merasai kemanisan ilham itu?subhanallah..moga2 Allah memberikan kita ilham yg hebat seperti penuntut2 ilmu yg disama ertikan oleh Allah dengan para mujahidin yang menegakkan Islam dengan kesungguhan dan keberanian yang amat tinggi..
dalam kalam ringkas ini..teringat kata2 akhi asyraf yang sudah bergelar walid sekarang..
''Allah suruh kita melata di bumi Allah..tgk segala ciptaan dan makhluk yang dia ciptakan..setiap benda ada ibrah tersendiri..melancong,melawat..jadikan kita lebih matang dalam menilai sesuatu pemerhatian yang kita lakukan..jangan jadikan imej itu satu imej yang tidak memberi makna..tapi gunakan nikmat akal ni untuk menterjemah imej kepada sesuatu yg membawa kita kepada Allah..itulah penggunaan nikmat yang paling tepat''----dalam perjalanan menuju KLIA..